Nak join klik sini
Tuesday, August 24, 2010
Friday, August 13, 2010
Siapa...?
1
Kemelut rumahtangga yang dihadapi Rohani dan Kamal masih berlarutan sehingga kini, entah apa punca dan dimana silapnya tiba-tiba perasaan dingin menyelubungi hati kecil mereka, serta saling menyalahi antara satu sama lain.
"awak dah banyak berubah kan?" Rohani mengetap gigi menahan geram terhadap suaminya kamal.Kamal hanya berdiam diri tidak berkata apa,baginya semua ini sudah berakhir.
"betul awak ada perempuan lain?Kamal saya bercakap dengan awak sekarang dan saya perlukan penjelasan yang terang dari awak, tolong lah jangan lakukan begini pada saya,saya masih isteri awak yang sah!"disaat itu kamal mengangkat muka dan memandang tepat kemuka Rohani.
" Saya dah bagitau awak kan,semua itu benar dan sekarang saya tak perlukan awak lagi dalam hidup saya, faham?" tegas Kamal bersuara.
"Tapi kenapa? apa kurangnya saya,sejak bila awak tiba-tiba berubah.."?
"sejak bila..? sejak awak dan anak-anak pinggirkan saya, sejak makan minum saya tak teratur, sejak baju pakaian saya pon Mrs. dobi yang basuhkan.. itu yang dinamakan seorang isteri..sudah jelaskan sekarang, so....? dengan lantang kamal bersuara,Rohani hampir terdiam. perasaan kesal dan rasa bersalah mula timbul dihati Rohani.
" Tapi kita perlu berbincang,takkan awak sanggup tinggalkan saya kerana perempuan tu? saya nak..." belum sempat Rohani meneruskan katanya, kamal terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Rohani. "kamal.....!" jerit Rohani.
'Argghhhhh...... jangan katakan nak meminta maaf, mengaku bersalah pun tak, malas aku nak bertekak kalau hanya menyakitkan hati,salah kita yang kecil besar dimata dia,salah dia.... buta la..' getus hati kecil kamal.
Rohani amat terkejut dengan perlakuan kamal sebentar tadi, 'sebelum ni kamal tak pernah seperti ni, takkan hal kecil macam itu pun nak diperbesarkan,ini mesti gara-gara perbuatan perempuan tak guna tu, takpe aku akan cari siasat siapa perempuan yang di puja-puja tu,apa yang istimewa sangat perempuan tu.' mulut Rohani terkumat kamit membebel seorang diri.
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang
yang menyeru kepada Allah mengerjakan amal soleh dan
berkata : "sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang
menyerah diri (kepada Allah)" Surah Fushilat:33
sehari sebelum........
2
Argghhh...... beratnya kepala ku hari ini,rasa malas semacam nak bekerja hari ini,kamal awal-awal pagi sudah keluar, pelik! kebiasaaan pukul 8 pagi baru dia akan keluar ke pejabat, tapi hari ini awal pulak dia keluar, pelbagai persoalan bermain diruang pikiran ku.Teringat kejadian semalam, marah sungguh kamal kepada ku, tidak pernah aku lihat kamal begitu marah sebelum ini.Apa kata aku pujuk ajak dia keluar minum bersama pagi ini,dah lama aku tak merasai saat manis berdating berdua, 'hermm.... memang patut pun dia marah' Rohani mendengus kecil lantas dia segera bangun bersemangat sedikit untuk mengambil telefon bimbitnya yang terletak diatas meja solek.Rohani terus mendail nombor telefon bimbit kamal.
"Tinggal pesanan....kenapa pulak tak dapat ni," Rohani mencuba lagi tetapi masih lagi mesej pesanan suara.tidak berputus asa dia menelefon pula ke pejabat kamal.
" Hello, boleh saya bercakap dengan Encik kamal." ujarnya
" Maaf Puan, Encik kamal tak masuk hari ni." jawab suara tersebut. terkejut Rohani mendengar kjawapan dari suara ditalian itu.
" Tapi dia kemana yer,adakah dia cuti hari ini?" soal Rohani.
" Maaf lah Puan, saya tak pasti hari ni dia cuti ke tak,cuma pagi tadi dia ada kol beritahu dia tak masuk ke pejabat hari ini.Saya pun baru datang kerja hari ini sebab semalam saya cuti, tak sempat lagi saya nak periksa jadual dia hari ini." suara itu memberitahu.
" Tak mengapalah yer Cik, terima kasih" Rohani mula rasa di permainkan, perasaan ceria dan gembira sedikit tadi bertukar menjadi hampa dan keciwa.aku harus bertindak sekarang biar apa pun yang berlaku Aku tak akan berdiam diri, nampaknya dia memang mahukan semua ini.
sehari sebelum........
" kamal, esok saya mahu awak hantar Puan haslinda ke KL,ada mesyuarat di HQ menggantikan saya. Saya terpaksa ke Sarawak petang ini atas urusan Projek jual beli Hartanah kita disana, boleh kan Haslinda?" soal Encik Zul selaku Manager di branch Menara Ilham Sdn. Bhd.
" Saya tiada masaalah Bos,saya akan lakukan mengikut arahan dari management demi syarikat, tapi tak tahulah bagaimana dengan Cik Puan Haslinda kita ni.?" kamal mengangkat kening lalu menadang kearah Haslinda ketika itu turut bermain mata dengannya.
" Alhamdulillah.... kalau ada yang sudi nak menghantar saya,tak perlu lah saya memenatkan badan nak bawa kereta sendiri." jawabnya sambil tersenyum.
" baiklah kalu begitu, Haslinda masuk bilik saya sekejap,saya nak bincangkan sesuatu untuk hari esok." pinta Encik Zul terus berlalu.Haslinda bangun mengikut arahan.
" Esok pukul 7pagi saya datang amik di rumah." kamal meminta kepastian.
" Okey." Haslinda mengangguk tanda setuju.
" dan satu lagi, esok boleh lah saya bawak Cik Puan haslinda ke suatu tempat yang sangat istemewa" sambung kamal.
" Eh! ada masa lagi ke nak pegi jenjalan?" soal Haslinda.
" KL kan kampung bandar saya,bukan lama pon sekejap je kita pegi makan-makan"jawabnya meyakinkan.
" Suka hati awak lah kamal,jangan tak balik sudah."
" Tapi kalau Cik Puan Haslinda nak tido sana pun apa salahnya,kita cuti satu hari,mesti lagi seronok" celahnya.
" Kerja banyak Encik kamal..." Haslinda bangun terus berlalu pergi masuk ke dalam bilik Encik Zul Bos mereka.
Kamal berasa amat seronok sekali kerana esok dia akan keluar daerah atas urusan kerja bersama Haslinda iaitu ketua di tempat dia bekerja sebagai Penolong Akauntan. Kamal juga ingin melarikan diri dari Rohani dan semua masalah yang membelengu jiwanya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.biar apa pun tanggapan Rohani terhadap dirinya yang dikatakan curang kerana mempunyai kekasih lain.Bagi dirinya, semua itu tidak penting lagi kerana dia sudah cukup menderita selama ini dengan perangai Rohani yang langsung tidak pernah menghormati dirinya sebagai suami. mungkin kerana perbezaan status antara Rohani dan kamal membuatkan Rohani bangga dengan kerjaya dia sebagai seorang peniaga Butik yang berjaya berbanding kamal hanya seorang Penghantar Notis di sebuah Syarikat Swasta.
3
Jam dinding menunjukkan pukul 9.00 pagi.Rohani masih berpakaian tidur duduk termenung sendirian diatas sofa di ruang tamu rumahnya.beribu persoalan bermain diruang fikirannya, satu demi satu bayangan hitam menghantui dirinya,apakah pula episod kisah hidupnya selepas ini...?
" Mak..." anaknya Rosli datang menghampiri.Rohani hanya mengangkat muka memandang anaknya tanpa bersuara sepatahpun. Rosli memilih untuk duduk disebelah emaknya.
" Mak tak pegi ke Butik hari ini.?" soal Rosli.
Rohani hanya menggeleng perlahan.
" Ada masalah ke mak? Rosli tengok mak muram je, jauh termenung." keadaan sunyi seketika. "Ini mesti pasal ayah kan.."? sambung Rosli cuba meneka. "cuba mak ceritakan pada Rosli,mana tahu dengan meluahkan semuanya apa yang terpendam dalam hati taklah tertekan sangat, mungkin Rosi boleh bantu."
"Ayah kau ada perempuan lain,dia nak tinggalkan mak hanya kerana perempuan tu." Rohani meluahkan.
" Mak kenal tak dengan perempuan tu..?mak dah pergi berjumpa dengan dia.?"
" Mak tak kenal.tapi ayah kau pun dah mengaku depan mak memang dia ada perempuan lain dan akan tinggalkan mak."
" Mak nak mengalah...?"
" Mak dah berkahwin dengan ayah kau hampir 20 tahun,takkan begitu mudah mak akan lepaskan dia begitu sahaja bersama dengan perempuan itu, lie, kena tolong mak cari siasat siapa perempuan itu dan dimana dia tinggal.bolehkan sayang?"Rohani mengharap.
" baiklah mak, lie cuba tapi tak janji sama ada dapat atau tidak maklumat perempuan itu ya mak." Rosli mengangguk. " untuk hari ini lie temankan mak. Lie akan hantar mak pergi kerja, kita lunch bersama pagi ini ya. Mak pergi bersiap dulu, Lie tunggu.
" Baiklah sayang, terima kasih ya." Rohani mula ceria sedikit.
Rosli hanya memerhati emaknya berlalu pergi.dia mendengus kecil, adakah betul perbuatan ku ini menyembunyikan apa yang aku nampak tadi.Tapi kalau aku beritahu mesti keadaan akan menjadi kecoh,adalah lebih baik aku siasat dan jumpa perempuan itu dahulu, adakah betul dia mempunyai perhubungan dengan ayahku seperti yang disangka.
Jam menunjukkan pukul 4.00 petang.Kamal dan Haslinda masih berada ditengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur.Perjalanan hari ini terasa amat singkat baginya biarpun dirinya berada beribu-ribu batu jauh dari Rohani Jika diberi pilihan Kamal ingin diberi masa sehari lagi untuk bersama Haslinda dan jauh dari Rohani.Adakah Kamal lupa bahawa dirinya mempunyai tanggungjawab sebagai seorang suami iaitu ketua keluarga dan Haslinda adalah hak orang lain serta masih bersuami juga mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri serta haram hukumnya berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim.
" Saya rasa kita terus baliklah,badan saya terasa penat sangat lagipun kita dah habiskan masa hampir sejam didalam kereta,saya pun tak tahu kemana tujuan awak nak pergi,dari tadi asyik bercerita pasal isteri awak,lagipun saya tak berapa minat nak mendengar" Haslinda mula kebosanan.
" Cik Puan Haslinda tak suka saya bawak jalan-jalan atau mendengar celoteh saya ini..?"
" Dua-dua pun ya, maaf lah Kamal saya penat sangat ni,lepas ni banyak lagi kerja yang perlu saya buat,esok nak kena siapakan proposal tadi sebelum Boss balik.harap awak faham.Atas apa yang baru awak ceritakan tadi saya tak rasa yang kita patut datang kesini hanya berdua.saya tak mahu nanti kita jadi bualan orang sekeliling.Awak pun kena ingat saya ni masih isteri orang. saya simpati dengan awak kamal, tapi nasihat saya awak berbincang la dengan isteri awak, cari jalan penyelesaiaan yang terbaik."
" Masalah saya ini dah bermula sejak Cik Puan Haslinda tukar ke pejabat kita lagi.kemelut ni dah terlalu lama dan saya dah banyak bersabar,harap jangan salah faham,saya meluahkan ini hanya kerana saya percayakan Cik Puan Haslinda, saya perlukan seseorang untuk meluahkan apa yang telah terbuku dihati saya ini sekian lamanya. Walau apapun bukan Cik Puan Haslinda penyebabnya andai kata jodoh kami tak panjang.Saya juga tak mengharapkan simpati,hanya luahan seorang teman"
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 151

4
'Sesungguhnya setiap yang berlaku itu adalah ketentuan Mu ya Allah ku mohon padamu kau kuatkanlah iman ku, kau sucikanlan aku dari dosa-dosa kecil juga dosa-dosa besar, halanglah langkah ku dari menjejakkan kaki kelembah penghinaan yang penuh kekotoran itu,bersihkanlah jiwa dan hati nuraniku,kau tunjukkan jalan kepadaku untuk kembali kepadamu sewaktu aku sedang sesat,dan kau bukakanlah pintu hatiku,semoga kau menerima taubatku......' Waktu ini adalah saat paling menyukarkan aku untuk menghadapi situasi yang tidak aku jangkakan, seluruh jiwaku seolah mati dan tubuh ku kaku,aku tak punya apa-apa perasaan lagi kecuali MENYESALl! kalau dari dulu aku lebeh berfikir,kemungkinan aku tak perlu menghadapi hukuman setebal dosa yang telah aku lakukan.satu nyawa menjadi pertaruhan atas kerakusan nafsu buas manusia... andai dapat kuputar kembali,inginku merayu janganlah aku yang terpilih.........
Bersambung....................
Subscribe to:
Posts (Atom)