Nak join klik sini

Thursday, September 30, 2010

haRI ULAnGtaHuN keLaHiRaN IBU teRcinTa.........

30 september 2010...        

 Hari ini hari ulang tahun kelahiran ibu ku... aku meraikan hari lahirnya beserta mengadakan rumah terbuka jemputan khas untuk teman2 sepejabat seunit.... kira2 boleh tahan jugak jemputan ku campur family yang ada... rezeki lah katakan....

Tuesday, September 28, 2010

kebAikan & keBuRuKan FacEbooK

baIk aTau buRuk.....????  
ada buruk dalam baiknya.... ia boleh menjadi punca persilisihan faham dan tersalah anggap oleh semua fan FB... seperti apa yang terjadi pada aku... semoga apa yang akan ku sampaikan disini menjadi teladan kepada semua.... 
           Pertama kali menjejakkan kaki ke ruangan FB, kata orang first time hehe... selak bukan main n khusyukk yang amat.... bagiku ia menjadi keseronokan  kerana dapat bertemu kembali dengan kawan2 lama persekolahan dahulu... dapat bersembang melepaskan rindu dan menatap gambar sebagai ganti diri setelah sekian lama terpisah.... tetapi aku tidak pernah alpa dan leka cuma sangkaan orang ramai yang berpendapat sebegitu... kalau tak suka katakan sahaja tak suka...
          Tetapi sekarang aku dah beransur menjauhkan diri dari FB hanya kerana satu salah faham yang diwujudkan oleh seseorang... apakah salahku ...? 
           Demi menjaga hati sang suami aku korbankan perasaan rindu aku kepada FB... salah kah aku?? aku tak faham dengan pemikirang orang sekeliling yang beranggapan negatif... aduyaiii!!! tidak boleh melihat orang lain hidup tenang dan aman... mestikah perlu huru-harakan kehidupan orang lain hanya dengan sindiran dan kata2... aku boleh menerima setiap teguran secara baik tetapi aku tidak dapat menerima segala tohmahan dan kata2 kesat... hahaha entah hapa2,,,,,
           Aku adalah aku.... kalau aku yang mulakan boleh lah korang nak cari pasal... tapi kalau korang yang mulakan nampaknya korang lah yang cari pasal dengan aku....hurmmmm.... tak lama lah tu...

'MEMBUKA KESALAHAN ORANG LAIN UNTUK MENUTUP KESALAHAN SENDIRI'

Lirik Lagu Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

LIRIK INILAH CINTA – AKIM AF7

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata
Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta
Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia
Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta
Ulang Chorus
Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia
Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta

saKitNya.....

             Entah kenapa dua hari ni kepala aku sakit benar.... semalam hari yang paling tak dapat aku berfikir dengan waras... sakit,sakit,sakit... yang teramat....dah lama tak datang sakit kepala aku... balik sahaja dari kerja terus aku kerah anak2 aku picit kepala ni...ops!! maaf sebelum itu aku nak beritahu selama ini setiap kali sakit kepala aku datang, aku sekali pun tak pernah amik  ubat atau sebarang kelegaan lain kecuali dengan menyuruh anak2 atau sesiapa menenyeh kepala aku ini... 
            mungkin korang semua boleh mengambil sedikit panduan  hehehe... Alhamdulillah... dengan sakit kepala yang amat sangat dengan rawatan paksaan aku serta rehat juga tidur yang cukup... sakit kepala aku beransur kurang dan lama kelamaan semakin  hilang bila stress pun dh tiada...
            Ia yang benar... cubalah untuk tidak mengambil ubat tahan sakit... sape kata kepala aku sakit sikit je... macam nak pecah tahu tak... tapi bawak2 lah bersabar dan bawaklah berehat... tenangkan fikiran hilangkan stress... insyaAllah!!! penyakit tak datang kalau ia bukan dari kita sendiri... ceh!! aku bukan lah pandai sangat tapi itu lah sedikit perkongsian untuk pembaca sekalian...

Monday, September 27, 2010

keNaPa FaZaiEn........

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa blog aku nama Fazaien sedangkan 'jauh panggang dari api'... kalau ikutkan memanglah aku mahu dikenali dengan nama Farah Nordin... tapi agak glamer pulak kot hehehe... taklah sebenarnya nama fazaien adalah gabungan nama aku suami & anak... faham2 jelah rasanya cukuplah setakat itu penjelasan aku kan untuk pengetahuan korang semua...... siapa nama suami n anak2 aku tak perlulah nak di xpose kot.... apapun aku berharap kengkawan yang baru masuk tidak keliru diantara farah nordin n Fazaien... nama dan orang yang sama.... 
sekian..........

LIRIK LAGU: TINGGAL KENANGAN (SALEM)

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan....

new member ikon

new member ikon

new member ikon

new member ikon

new member ikon

new member ikon

Lirik Jahat – Stacy

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah
Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia


Chorus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Apa agaknya sudah jadi
Pada ikrar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa


Ulang Chorus
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahat budak jahat
Dah terkena
Terkena demam cinta
Jahatnya kamu
Jahatnya kamu


Ulang Chorus
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Thursday, September 23, 2010

DaPat DuiT deNgaN NuffNanG.....???

Asal jenguk je akaun kosong...asal jenguk je akaun kosong... apahal...??? kawan2 aku dah dapat imbuhan dari Nuffnang masyukkk!!! aku jugak yang tak masyukkk2... emmm... teman2 yang lawati blog aku ni tolong komen sedikit dan beri tunjuk ajar sedikit mana yang korang mampu... uhhukkk apa kes lah Nuffnag aku ni...

Satu Hari Di Hari Raya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

Tuesday, September 21, 2010

BreK laGi........

3.30 petang...
            minum petang sampai jam 4.30 petang.... Modul semua dah habiss.... tunggu masa nak perasmian ajeh... rehat sementara menunggu Perasmian Penutup oleh Timbalan Pengarah PTG.... minum dah makan dah... duduk borak2 sembang2..... aku sempat jugak lah nak ber Blogging hehe.... apa guna ada Blog kalau duk memerap macam tikus hahaha.... apa pulak kena mengena dengan tikus nih....

Cenderahati dari PTG...sebatang pen,sebatang pensil, Diary & Highlight..... menarik kan


           cerita pasal tikus, teringat aku beberapa minggu lalu... masa tu d bulan ramadhan.... anak aku si Aina masuk ward d hospital.............d pahang... hahaha main rahsia2 pulak.... nak menyedapkan cerita Aina punyalah suka kerana dalam pada sakit dia dapat imbuhan iaitu hadiah.... nak tahu hadiah apa... itulah si tikus minnie namanya.... hahaha... terima kasih pada si pemberi.... amat bermakna sekali buat Aina yang sedang sakit ketika itu.... sampai sekarang aku masih tertanya-tanya di mana pula si tikus mickey kata berpasangan... iskk2..... heran labu binti ajaib labi bin pelik kura..... khikhikhi....

inilah si tikus miniie Aina.......Thank u ......... (secret admirer...)



Monday, September 20, 2010

haRi kE-2 kuRsuS..........









21 September 2010.........
hari kedua kursus... hanya banyak bercerita pasal sistem... Deposit... kira2 wang... dalam pada itu sempat lagi aku ber Blogger sekejap.... hahaha... aku berharap hari ini akan mendapat apa yang di pelajari untuk d kongsi bersama-sama kawan2 di office... macam aku terror kahkahkah...


Taklimat Pembukaan oleh Puan Ayu.....

Sessi perkenalan memperkenalkan diri .......

            bermula jam 8.30 pagi tadi sampai sekarang jam 10.57 (time rehat) aku dah kesejukan tahap gaban ni... (tahap meraban pon ada)bukan sebab aku berkursus di puncak nih tapi  duduk d dalam dewan yang dah serupa macam  puncak Genting nih.... aduiihhh!!! tangan dah separuh beku... berapa darjah celcius ni....???? sedangkan dalam office pun aku memandai-mandai perlahan kan suhu aircond kesian orang lain dapat tempias panas dari aku hahaha.... peduli apa aku ... ingat badan aku bulu beruang ke...??? alamakk!! dahsyat tu..







khusyukkkk sangat la tu........













sejuk tahap gaban.......






             kejap lagi kursus bersambung.... apa pulak Modul n tajuk selepas ini....   


Sarapan pagi.......

Nasi Lemak + Mee Goreng... Nyumm...Nyumm...

Kopi Sri Malaysia...lemak berkrimm...

            1.42 Petang
             pukul 12.30 kursus stop sebab pukul 1.00 petang dah nak kena chek out sebelum naik atas makan dulu lah.... baru boleh pk nak kemas pakaian... tapi pakaian tak bersepah pon semua dah berkemas dalam beg...cuma istilah 'packing' itu sahaja melambangkan nak 'blah la'...


Aduii... laparnya.... sungguh menyelerakan!!

pencuci mulut nyummy nyummy....

            habis episod bermalam di Hotel Seri Malaysia....sementara nak tunggu masuk semula ke Dewan pukul 2.30 petang.... dapat lah jugak aku mem Blog sekejap....
            sedang berfikir lah pulak... nak beli apa untuk bawak balik ke anak2... ayah tak yah lah kot... ayah kasi yang biasa2  sahaja mesti senyap ... kehkehkehkeh.... pk2 nak pergi strawbery farm lah... diorang kata sana harga boleh tahan murah2 jugak... Hurmmmm.... untuk baby nak beli apa yer... windu giler kat baby...


disinilah Strawberry Farm Genting

Ayyooo...besarnya strawberry .........

Beli, jangan tak beli.......... nak tak nak!! nak tak nak!!

            Ayyaaaakkk.... baru sahaja bercerita nak pergi ke strawbery farm dah hujan.... duh duh duh lagu sedih la pulak... hope petang sikit hujan sudah berhenti.... tak mo lah balik dalam hujan tak best langsung... kalau dah sampai rumah takper lah hujan.... best tido.... hahahah... melayan penat...

Sesi terakhir......

Penyampaian Banner oleh Timbalan Pengarah PTG...


RaYe,kUrsUS,rAyE,kuRsuS,.......

20 September 2010....

Ni lah dia masih dalam suasana Raye masih dalam mood raye...aku dah kena pergi kursus... pe pon memang best! sebab mood nak kerja tak berapa sampai lagi hahaha..... bukan apa dah sistem di office aku masih breakdown apa2 kerja pon tak boleh nak buat.. elok jugaklah time nih aku kena pergi kursus... kurang2 balik dari kursus banyak jugak benda aku boleh dapat... sedikit ilmu walaupon tak banyak mana...

Baru sampai nak check in dulu......

           Bila sebut tempat aku berkursus wow!! mesti sangkaan orang seronok giler dapat pergi ke Genting Highland... itu lah korang tak tahu yang jadual kursus aku pack sampai ke malam tak dek masa nak ngulor kemana... lagi pun aku pergi dengan kereta pejabat mana ada transport nk bergerak pun... dia hantar depan hotel ni esok masa balik dia amik depan Hotel ni jugak....... tak kose aku nak perhabis duit nak naik ke puncak nu.. kalau gi honeymoon dengan Hubby lain certita lah... ke puncak everest sekali pon sanggup aku perhabiss kan duit dia... kahkahkah... aku bukan seorang yang kedekut tapi aku nih jimat orang nya... n cap boros gak... hahahaha....


Depan Hotel Sri Malaysia Genting.......


Nak masuk bilik daa.......
          

Saturday, September 18, 2010

CERITA PASAL RAYE.........

Kalau nak cerita pasal raye 1 bulan pon takkan habis... macam2 al-kisah macam2 ragam di pagi raye, di petang raye n di malam raye...
            cerita Hari Raye kedua aku... konon2 raye kedua sedondon biru... aku lepas mandi apa lagi melaram lah dengan baju yang aku tempah .... 'dah bersiap nih!' anak2 seperti biasa lah aku yang  rancang segala pakaian mereka... anak sulong ku aien n yang kedua Aina... tak reti2 nak bersiap melawa... ayahnya pulak tak heran dengan nak beraya, masing2 buat tak tahu tak reti2 nak melaram... kubiar kan seketika....yang kecik dah ku pakaikan pakaian raye... 


 Bila nak nak pergi beraye nih Mummy........???? (sedang sarapan pagi)


            'Jomlah...' so simple ayat mengajak aku... sendiri paham laa..'Malaslah' jawabnya,,, tanpa banyak cakap dah tahu reaksi yang tak nak itu so jangan banyak soal k... aku pegi tukar baju basahan je.. dah nak duduk di rumah tak payah nak melawa... Tapi yang best, dapat lah aku berkumpul dengan kakak2 n kakak ipar ku... jarang2 berjumpa sesekali seronok jugak berceloteh... terpaksa aku ambil alih kerja2 di dapur, tolong memasak lah.apa lagi hehe...
           Aien n aina masa ini lah nak luangkan waktu bersama sepupu2 dia... sampaikan tak pedulikan kita kalau nak pergi kemana... yang penting dapat bermain dengan puas... seronok pulak bila terkenangkan zaman kanak2 dahulu... memang best!! 



Rambut Raye ke .......???? dah macam balung ayam pon ada hahahah...

Friday, September 17, 2010

Warna-warni Di Aidilfitri........

senyum! senyum!.............

Berbaris semua nak kira ni cukup tak.....Mummy nak bagi wit Raye....


bertuah punya anak saudara.... 2 hengget je mau... bagus2... jimat wit Mummy hahahaha....

iKlaN jAp........

           Tiba-tiba saat ini rasa merindu amat mendalam terhadap Arwah Ayahanda tercinta melintasi sejenak di ruang legar fikiran ku.... masih mekar memori-memori indah kita bersama dahulu... ada satu kisah yang tak dapat aku kongsikan bersama di ruangan ini,cukuplah hanya aku yang tahu.... bila terkenangkannya tak dapt aku gambarkan perasaan kasihan aku padanya.... tapi itu semua bukan sengaja.... tapi dia adalah seorang ayah yang terbaik bagi ku di dunia ini... tiada ganti kedua mahupun ketiga...
            Tanpa ku sedar airmata ini terlalu murah mencurah-curah mengalir membasahi pipi.... terngiang-ngiang kata-kata terakhirnya kepadaku (Thanx My Dad).... cukuplah kasih sayang yang diberi kepada ku.... kerana aku sudah cukup berterima kasih kepada mereka yang membela aku dari kecil hingga ke dewasa... dan aku yang lahir dari kasih sayang cinta dua insan..... cukup aku fahami kerana aku sekarang adalah seorang isteri dan ibu.... aku tak pasti adakah aku seorang anak yang baik... isteri yang baik... ibu yang baik.... hanya mereka sahaja yang pasti mengerti dan lebeh mengetahui siapa aku...??
kau lihat ku tersenyum adakah kau akan turut tersenyum...?? kau lihat ku berduka adakah kau akan turut berduka.....?? bila kita tengok orang sakit adakah kita akan turut merasa sakit,,,??  
fahamilah kata-kata ku ini... korang x mungkin mengerti apa yang bermain d fikiran ku...


 Al-fatihah......

Bertandang lagi di Pagi Raye.............
Serasi kan... mestilah citarasa kami yang sama... love u mmuuuaaaahhhhh!!!!

My mom....

My luvely Mother..... pagi Raye pertama.... i love u My Mom

My love...

With love My Hubby..... 16 Sept 2010

Thursday, September 16, 2010

RAYA 2010.........

Raya Pertama.......           

            Raya hampir berlalu pergi..... aku merasa puas sekali dengan Raya 2010 tahun ini. alangkah seronoknya dapat bersama-sama dengan famili anak2 dan suami, kakak2 dan kakak2 ipar ku yang tak jemu melayani kerenah anak2 dan suami masing2... hee seronok terkata rasanya... ber dam dam dum di malam Raya..melihat telatah dan gelagat anak2 buah meriahkan lagi suasana hari Raya dengan bermain mercun... "Ha! jangan sampai ada yang tercedera sudah..."  puas menasihat tapi bila dah ramai begini lah al-kisahnya... Mokcik,Pokcik dah tak terkata apa akhirnya bersama 'join the club'... hahahaha...nak  tumpah kemana lagi kuah kalau tak ke nasi...
           Pagi raya pertama...Adeih!! jam dah pukul berapa nih... bangun2!! mandi dan siap kan anak2 dulu barulah aku pulak yang bersiap agak lama sikit duk mengadap cermin hee biasalah wanita kan...aduh Ayu lah pulak..."semua dah siap jangan keman-mana tunggu ayah balik dari Masjid..".nak bersalaman meminta maaf... alahai! teringat masa kecik2 dulu, beratur menuggu giliran nak salam cium tangan Emak n Ayah... tapi sekarang kenalah cium tangan suami dahulu...anak-anak dah berautr nih nak salam siap mamy beri duit raya lagi... bukan apa kasi semangat sikit nak berhari raya ... lepas ni nak masuk duit ke bank mesti kena topup lagi kena bahagi lah pulak sama rata... begitulah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya tidak berbelah bahagi...
           Sembahyang Raya dah...(suami lah..hehe) cium tangan dah, mintak maaf dah, bagi duit raya ke anak2 dah... jom kerumah Uwan pulak perut pon dah lapo nih.. dah terbau nasi minyak sampai ke rumah ku... 'Assalammualaikum...... masuk2!!!' masukkan diri sendri..... indahnya di pagi Raya berwarna-warni pelbagai warna ada... lupa nak cerita warna pakaian Raya famili aku tahun ni 'purple kaler' bling! bling! pon ada... apa yang penting sekarang ni... isi perut dulu lah baru boleh nak cerita pasal 'Raya lagi'... semua memenuhi ruang dapur 'nak makan, nak makan,...' kecik besar tua muda berupa gaya apa2 pun aku n suami nak makan dulu... Bismillah...
             selesai makan semua duduk bersandar kekenyangan... masa nih lah pelbagai cahaya memancar-mancar disekeliling aku ni... aku pon apa kurangnya... snap jugak lah berkeping-keping nak masuk FB lah ni.. hehe faham2 jelah.....
             Menjadi tradisi kita d ipagi Raya bermaaf-maafan...menghulur tangan... menyambut duit raya.. anak-anak lah yang paling gembira sekali.... salam aje dapat duit... 'cepattt!! beratur siapa nak duit raya ni!!' semua bergegas 'line up' yang paling seronok emak2 lah anak2 kaut untung banyak dapt duit raya ...tapi bagi aku ini semua rezeki untuk mereka dan ini lah masanya untuk bersedekah dan berzakat... Bukan sahaja yang muda yang tua pon bersalam-salaman, bermaaf-maafan.... mujurlah Emak masih ada.. sempat lagi aku kucup tangannya,meminta ampun maaf... begitu juga dengan adik beradik ku...dapat berkumpul lagi di pagi yang mulia ini.....


           Disinilah destinasi pertama kami sekeluarga pada pagi Raya... menziarahi pusara Ayahanda tercinta dan sedekahkan Al-fatiahah serta tahlil untuk Arwah yang telah kembali ke Rahmatullah pada 8hb Mei 2005....... Al- Fatihah....