Nak join klik sini

Wednesday, December 1, 2010

Punca HISTERIA di kalangan gadis Melayu.......

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana
salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

kes histeria disebuah sekolah

Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin
itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."






ha ha ha ... kan dah terkena....emmmm... sesekali berlawak untuk menghilangkan stress n tension kan.... hari hari kerja... lallalalalalala....

Monday, November 15, 2010

new member ikon

wah... yang ni semua feveret saya...kalau dapat saya makan dulu....
i love Diet....

new member ikon


rama-rama ke pari-pari ni....???
emm... siapa tuan punya keindahan ni...???

Friday, November 12, 2010

Skrin komputer Membawa Maut............????

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar. Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.


New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.


Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.


Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.


Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.



DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.


Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ¡rapuh¢ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.


Simptom

Cepat penat

Mengah Sakit

dada Denyutan nadi laju

Lemah di bahagian kaki

Kurang selera makan

Batuk Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki 
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk 
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)
p/s:ajal maut ketentuan Tuhan. tapi lebih baik kita ambil langkah berjaga : -) haPpy worKing

lAmAnYa..........


uWaAAaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................
Demam masih melanda diriku...
Biliion sory to Team MyReadEYE.... dah lama x hupdate Blog...
nak jenjalan ke Blog kawan2 pun terbantut... tapi ku kuatkan juga semangat untuk Blogwalking..
pepun thanx pada kawan2 yang datang menjengah Blog ku....
hari ini agak ada masa sikit nak bercerita,..Demam pun agak berkurangan walaupun tidak sepenuhnya sihat...
dengan kerja yang banyak beberapa arini,dan aku yang ke Demaman.... 

best2...esok cuti.. nak rehat puas2.. cepat aku sihat cepat boleh berblogging....
emmm.... tapi aku dah sihat pun xleh nak heppy coz anak aku yang di dalam gambar diatas tu pun sekarang dilanda kesakitan... dah berapa hari asik ke hospital... dengan aku2 sekali PEGAWAI PERUBATAN dah cam muke ku... padan lah lepas ank emak, lepas emak ,anak....

semoga Aina cepat sembuh.. minggu depan dah nak cuti... huhu

Wednesday, November 3, 2010

new member ikon

bunga oh bunga....Bunga Tulip nama d beri....
cantik kan...????

new member ikon


dari mata turun ke hati.....

Thursday, October 28, 2010

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri

 Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
 bersama
 isterinya berjalan hendak ke kenduri kahwin dihujung kampung.....

 Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah
 mereka
 menunggu hujan berhenti.. Apabila hujan reda, ketika itu jam
 menunjukkan
 pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar
 suara
 tangisan kanak-kanak.

 Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa
 pakaian
 menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok
 Dahaman,
 dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan
 begitu?
 
 Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa
 kerana
 didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan
 telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat
 panjang
 begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga
 apa
 sebab mereka menangis di tepi jalan.

 Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh
 disebabkan
 oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

 Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada
 pokok
 besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak
 jin
 atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

 Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
 memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri
 tentang
 perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman
 menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat
 mencari
 ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia
 dengan
 pandangan mata kasar.

 Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di
 kening.
 Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan
 terhadap
 benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti
 kerana
 dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai
 tulang
 ayam bersilang di rambutnya.

 Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan
 segera
 kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

 Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan
 isterinya
 pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya
 mencari
 syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan
 jantan di
 tempat org lelaki.

 Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu
 banyak
 syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

 Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai
 dgn
 memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org
 yg
 memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg
 meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan
 mangkuk...Ada
 juga
 yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala
 dan
 riba manusia.

 Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak
 tergamak
 untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan
 Tok
 Dahaman pada hari itu.

 Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa
 mengelak
 daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk
 mengalahkan
 manusia di rumah kenduri.

 Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan
 tersebut.

 Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman
 pun
 bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan
 tersebut
 bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
 bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

 Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun
 berlari
 pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,
 keadaan
 lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina
 yang
 sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian
 perempuan
 keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak
 mereka.
 
 Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu
 bapa
 mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai
 makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil
 sambil
 bergayut di jendela rumah

 Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di
 bilik
 pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok
 Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut
 yang
 kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt
 menggerunkan.

 Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman
 bercakap
 dengan cermin tempat bersolek.

 Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang
 ramai
 tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang
 mahu
 percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh
 menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

 Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
 BISMILLAH.....

 Wallahualam MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU
 MULAKAN
 DENGAN UCAPAN BISMILLAH...( "dengan nama Allah di permulaan dan di akhirnya" )

 semoga hari ini lebih baik dari semalam..


p/s: jagan lupa baca Doa sebelum makan....


Wednesday, October 27, 2010

NEW KIND OF RAPE

        A  woman  left  her  office  after working hours and saw a little child crying on the road. Feeling pity for the child, she went to ask what
        happened.  The  child  said: 'I am lost. Can you take me home please?' Then the child gave her a slip of paper and tells the woman where the
        address is.

        The woman, being an average kind person who, didn't suspect anything took the child there. When they arrived at the 'child's home', the kind
        hearted  woman  pressed  the  door bell and she was electrocuted as the bell was wired with high voltage, and fainted. The next day when she
        woke  up, she found herself in an empty house up in the hills, naked. Condoms were all thrown around with semen flowing. There were at least
        about 20 condoms! She has not even seen her assailants.

        That's  why  nowadays  crimes  are  targeted  on  kind people like her. Next time if the same situation occurs, never bring the child to the
        intended place. If the child insists, then bring the child to the police station.

        Lost children are best to send to police stations. Please send this to all your female friends/colleagues, and your friends with girlfriends
        and friends with wives. It is better to receive this a thousand times than be a victim once!

  Keep safe Ladies!


        Please pass this on to family members. It is better to be informed.

Tuesday, October 26, 2010

UJI MINDA.....

Subject:  SOALAN YG MERILEKSKAN MINDA
     
1) Apakah dia 'rumah di bawah, Tiang di atas'???... kah..kah..kah
           Jawapannye: KUBUR! nam kaki dalam, ada lebar lagi.

 Eksen tak tahu pulak ke....
       2) Cuba teka, mouse komputer, jantan ke betina?
            Jawapannye: betina!!! Sebab dia pakai pad.

  Soalan seterusnye.. ..       
   
        3) Antara ekor lembu dengan ekor tikus... ekor saper lagi panjang?
             ha...aper dier...
             Jawapannye: ... ekor tikus ... kerana ekor tikus mencecah tanah,
             ekor lembu langsung tak cecah tanah, tergantung ajer....

       
        4) Kenapa pokok kayu balak ditebang??? jawab sekarang... jawab le...
            Jawapannye: Habis dah tak boleh di cabut, di tebanglah!!     
 
Soalan seterusnye.. ..
 
         5) Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu hah? kalo terer jawab....
           Jawapannye: Jarum meter.... ahaks... ahaks...     

 Soalan keenam pula berbunyi...
         6) Ianya Besar di negeri Arab, kecil di negeri china, di maggi ada,
             di lobak pun ada...disana ada, di sini tiada, yang ada pun ada, yang
              tiada pun ada... pening betul lah...jawap lah??????

              Jawapannye: Dan jawapannye ialah....... .. HURUF A!!!!     
 Kita ke soalan seterusnye.. ..
 
         7) Ia sejenis benda, nampak macam jalan tetapi ia tidak pulak
             berjalan, kalau ditenguk betul-betul. ... memang sah ia jalan!!!

             Jawapannye: Memang la jalan raya!     

         8) Apa benda jatuh kebawah tapi orang tercari-cari diatas?
             Jawapannye: Ha..ha..ha.. ha.. bumbung bas yg bocor dek air hujan...!     
 
         9) Beruang mana yg jari dia dok tekan arrow ke bawah
              .... jawap jgn tak jawappppp.... .
             Jawapannya: orang yg dok baca Blog ajerr...gi buat keje balek!!!!!       

             jangan marah lerr...SEMOGA DAPAT RELEASE TENSION KITER...

  hehehe... have a good day!!! Duh!!

seronok kan  tapi penat sikit nak menjawab soalan2 bodoh sebegini... apa pun farah berharap semua terhibur dan tidak tensen2 lagi sebab farah telah berikan soalan beserta dengan jawapan sekali......
ha ha ha...

new member ikon


kemunculan yang terbaru....
grrrrr....  penyelamat bumi...

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri....

ceriakan hidup anda di sini.....


Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan   
                tak?
 Pakcik : Boleh aje...
 Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
 Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
 Pemuda : Yang putih.
 Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
 Pemuda : Yang hitam?
 Pakcik : Yang hitam pun sama...
 Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
 Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
 Pemuda : Yang putih?
 Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
 Pemuda : Dan yang hitam?
 Pakcik : Yang hitam pun sama...
 Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
 Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
 Pemuda : Yang putih?
 Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
 Pemuda : Dan yang hitam?
 Pakcik : Yang hitam pun sama...
 Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam,   
 padahal jawapan semuanya sama aje?
 Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punya.
 Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punya?
 Pakcik : Yang hitam pun sama.... 



hahaha...korang jawablah sendiri..............

Friday, October 22, 2010

tips untuk solekan.....

Beberapa tips dan langkah untuk Tatacara Solekan Ringkas… apa kata kita kongsikan bersama… :

Tip1 -  Alat Solek ::  Boleh guna jari, berus ataupun span utk sapuan foundation mahupun pun eyeshadow.
LANGKAH 1: Pastikan muka bersih dari air peluh dan minyak… maknanya, setiap kali hendak mula bersolek, kena la cuci muka dulu kan….
Kenapa perlu bersih? Kerana kalau ada minyak sedikit pun, mekap tidak akan bertahan lama. Berikutan masalah ini, terdapat ramai wanita yang mengadu, mekap yang dikenakan bertompok-tompok dan kelihatan tidak sekata.
Ada petua menggunakan ais. Kalau anda rajin, lakukanlah sebelum tidur. Itu sebenarnya merupakan teknik urutan muka. Apabila muka kita sihat dan segar, tenyeh apa jenis produk pun pasti akan nampak cantik.
LANGKAH 2: bila sudah bersih, pilihlah bedak asas/foundation yang bersesuaian dengan kulit muka. Yang pasti, gunakan warna yang sama seperti di wajah. Ujian warna tidak boleh dilakukan ke atas mana2 bahagian tangan mahupun badan kerana warna yang tidak tepat
Bedak asas mempunyai pelbagai jenis, di antaranya:
  • Bedak dwi guna/two way cake
  • Bedak padat/compact
  • Bedak cecair/liquid
  • Bedak jenis krim/stick
Tip2 – Bersih Muka ::  Bagi anda yang amat gemar bermekap, wajib rajin cuci muka DENGAN BETUL dan WAJIB pakai mask seminggu sekali sekurang2nya kerana alat solek ni byk bahan kimia yang boleh mudarkan seri wajah asli kita. Oleh itu, jangan tua sebelum waktunya.
LANGKAH 3: Dah pilih foundation, apa lagi… sapu la… sapu dgn jari pun boleh, span pun boleh, berus pun boleh…. tapi we prefer guna span coz kalau jari dah kotor, alamak, satu hal nak cuci tangan lagi.. dah tu kalau salah pegang , abih comot balik muka
Tip3 - Sapuan :: Elakkan sapuan ke bawah… kalau nak awet tua… buat la gitu… kalau nak awet muda, buat sapuan ke atas atau ke luar ke arah kanan atau kiri.. sapa2 belajar facial, teknik ini turut di amalkan utk kekal muda… kalau ada butik facial yg buat sapuan ke bawah, korang toksah la pegi lagi butik tu… diorang tak tere lagi main hantam keromo jer…
Tip4 - Sapuan Foundation Sekitar Mata :: sapuan dari luar ekor mata ke dalam secara membulat.. contohnya… depangkan tangan dan angkat ketiak… pastikan keadaan tapak tangan flat antara seperti melekap kat breast.. keadaan tersebut bawa ke bahagian mata….buat secara bulatan dari luar ekor mata sehingga ke pelupuk mata… bhgn celah bedah yg ada bulu mata tu pun letak.. jgn tak letak.. mata kita byk garis2… so, kena cover…
Sapu foundation dgn kemas kalau nak output cantik…. utk siang elok guna compact atau two way atau liquid.. utk function, elok guna cream stick atau liquid yg tebal…
Lupa nak kabor.. Tips pilih foundation …
Haaa.. ni ramai dok tanya masa dalam kelas…
Korang kalau nak beli online, perlu diingat, gambar kat online tak sama dgn gambar bila dah melekat kat kulit… so… cara terbaik… beli dan test on the spot.. lain ler kalau korang mmg dah kenal sgt kod2 nya
Lokasi terbaik utk test adalah di wajah… bukan di tangan, bukan di kaki, bukan di dada. Sebabnya…. tangan kita ni mmg akan gelap dari muka… sesetengah orang beruntung ada yg sama tone satu badan..
Masa test tu.. buang la existing make-up.. Warna terbaik adalah warna yg sebijik sama 99.9% dgn warna kulit…. tapi mostly sebagai wanita, dia tak nak dilihat lebih gelap… mostly suka lebih cerah dari warna asal… soooo.. up to you… you yg nak pakai kan
didapati kulit wanita Asia esp. Malaysian, lebih kepada warna cerah kekuningan… kalau area pantai timur, lebih kepada cerah keputihan/kemerahan… ada beza yg ketara…

Thursday, October 21, 2010

Apa kata Syaitan............


Manusia   - Eh, dah subuh dah?
Malaikat   - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan      - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia    - Nak makan, laparlah ??
Malaikat    - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan       - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia     - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat    - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan       - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!



Manusia    - Alamak, dah lewat!
Malaikat    - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat...
Syaitan       - Ahhh?awal lagi?mmm...aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia     - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat    - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan       - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia     - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat    - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan       - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia     - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat     - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan        - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia     -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat    - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan        - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia     - aku telah berdosa..
Malaikat     - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan        - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat.... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)



Manusia      - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat     - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan        - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia     - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat    - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan       - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda       -  Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan    - Tak payah

~cinTa iNi~

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti

Wahai suami.........

AMALAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG 
 Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.


i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.


j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG
Ketika isteri mengandung, suami hendak
lah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masu
k tidur.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"

f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan s
elamat.

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah
dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan
cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh
badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, ba
yi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggu
ng-jawab yang berat itu.
Amalan di atas bukan hanya sesuai waktu isteri mengandung je bahkan ianya sesuai setiap masa. Sama-samalah kita amalkan ye.

Wednesday, October 20, 2010

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta...!!




Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it,  you have a moral obligation to share it with others".


Sunday, October 17, 2010

KISAH BUANG BAYI~ salah siapa....

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya. 
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je. 
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...? 
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya. 
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu.. 
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid! 
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu! 

Saturday, October 16, 2010

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI KEMATIAN

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Saling berpesan2lah sesama kita .


Thursday, October 14, 2010

Kuku, Kecantikan Yang Tersembunyi

Bentuknya yang mungil dan fungsinya yang kecil membuat sebahagian orang lupa untuk merawatnya. Padahal, kuku yang cantik akan menambah keindahan jari jemari anda. Namun, kebanyakan orang hanya memberi tumpuan kepada pakaian dan dandanan saja, tetapi untuk bahagian tubuh lain diabaikan dengan alasan tidak penting. Ini termasuklah jari jemari.
Pada dasarnya kecantikan kuku bukan menjadi keutamaan di dalam penampilan seseorang, namun tidak ada salahnya jika anda memberi sedikit tumpuan terhadap keindahan kuku kaki dan tangan.
Rawatan kuku kaki dan tangan tidak hanya tertumpu di spa atau salun semata-mata. Sebaliknya, anda boleh melakukannya sendiri di rumah jika tahu cara dan kena dengan peralatannya.Ikuti cara penjagaan bagi mendapatkan kuku yang cantik dan bersih :
Menjaga kekuatan dan kelembapan kuku
• Kuku setiap orang mungkin berbeza-beza. Ada yang memiliki kuku yang kuat tetapi ada pula kuku yang rapuh dan mudah patah. Kuku akan semakin rapuh apabila sering terkena sabun, atau sering terdedah kepada penyaman udara. Bagi mengatasi masalah ini, sapukan pelembap pada kuku supaya lebih kuat dan tidak mudah rosak.
Membersihkan kuku
• Bagi membersihkan kuku, rendam kuku dalam air suam yang dicampur dengan perahan air limau nipis. Rendam tangan atau kaki selama kurang lebih 15 minit. Air suam akan membuat kulit di sekitar kuku menjadi lembut dan mudah untuk dibersihkan, khususnya pada sekitar kuku yang sering dimasuki kotoran.
Potong kuku
• Jangan biarkan kuku dalam ukuran yang terlalu panjang. Kuku yang terlalu panjang nampak tidak rapi selain memudahkan kotoran dan kuman penyakit masuk ke dalam tubuh terutama ketika makan. Begitu pun, pastikan anda tidak memotong kuku terlalu pendek kerana ia boleh menyebabkan luka.
• Pilih gunting kuku yang tajam dan jangan tarik kuku jika belum terpotong sempurna. Ia boleh melukakan jari serta memudahkan kuman masuk ke dalamnya. Biarkan gunting kuku yang menyelesaikan tugasnya sampai kuku benar-benar terpotong.
Jangan menggosok dengan benda keras dengan kuku
• Menggosok benda keras menggunakan kuku atau membuka benda-benda keras bukan sahaja boleh merosakkan kuku, sebaliknya boleh menyebabkan luka pada sekitar kuku. Sebaiknya gunakan kaedah yang sesuai. Bagi anda yang sering bermain dengan air sabun terutama ketika mencuci pinggan mangkuk, pastikan anda memakai sarung tangan ketika melakukan kegiatan ini. Selain itu, hentikan kebiasaan menggigit kuku. Kebiasaan mengorek kuku dengan kuku lain atau menggigit kuku merupakan tabiat yang boleh merosakkan penampilan kuku.
Tip kuku cantik
Tip ini bukan sahaja membantu anda menjaga kebersihan, sebaliknya turut mencantikkan kuku anda.
• Cuci bersih tangan dengan menggunakan sabun cuci tangan. Pastikan setiap bahagian kuku terkena sabun, untuk menghilangkan debu dan kuman yang melekat. Kemudian bilas hingga bersih.
• Gunting dan bentuk kuku sesuai keinginan anda. Sebelum mula membentuk kuku, kikir terlebih dahulu dengan alat pengikir kuku, mulai dari bahagian hujung luar kuku ibu jari sampai jari kelingking. Kikir hujung kuku ke arah bawah, agar permukaan kuku menjadi halus.
• Setelah permukaan jari jemari halus, mulailah untuk membentuk kuku dengan menggunakan satu set peralatan gunting kuku.
• Agar kuku terlihat natural dan bersinar, gunakanlah nail buffer untuk menghaluskan dan mengkilapkan permukaan kuku anda. Keadaan kuku yang bersinar dan berkilau mampu bertahan selama satu minggu bahkan lebih dari itu.
• Gunakan krim tangan untuk menjaga kelembapan dan kelembutan tangan.
• Bagi anda yang ‘gemar’ menggigit kuku sendiri, hentikan segera tabiat ini kerana, selain kuman mudah masuk ke dalam tubuh, kebiasaan menggigit kuku juga akan merosakkan penampilan kuku anda.
Sesuaikan bentuk kuku
Terdapat beberapa bentuk kuku yang boleh anda diaplikasikan pada jari jemari mengikut kesesuaian bentuk jari seseorang.
Kuku berbentuk Oval
Kuku dengan bentuk oval sangat sesuai bagi mereka yang memiliki jari tangan yang kecil atau ramping. Bentuk kuku oval mewakili kesan feminin dan elegan.
Kuku berbentuk persegi/kotak
Bentuk kuku persegi sesuai untuk ukuran jari tangan yang sedikit berisi atau lebar. Bentuk kuku seperti ini, semakin mempertegaskan bentuk kuku sehingga bentuk ini seolah-olah merangkumi setiap sudut jemari anda. Bentuk ini memberikan kesan glamour tapi tetap terkesan anggun.
Kuku kombinasi
Kuku kombinasi adalah paduan antara kuku berbentuk oval dan bersegi. Bentuk seperti ini merupakan gabungan yang manis, baik untuk bentuk jari yang kecil ataupun bentuk jari lebar. Biasanya bentuk kuku kombinasi ini sesuai untuk aktiviti seharian mahupun ketika bersantai.                                                              

Wednesday, October 13, 2010

insya'Allah~ Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side


Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side


Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way


Insha Allah x3


Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah


He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
 x2


Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Tuesday, October 5, 2010

Artist : 6ixth Sense- Tanpa

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…
Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…
Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…
Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo…
Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati
Hohoo… 

GAMBAR IKON SAYA UNTUK MENAIKKAN TRAFFIC

uNtuk TeAm My reAd EyeS

           
            Kepada semua team My Red Eye.. maaf lah kalau saya lambat menjenguk or menyinggah di Blog u all  al maklumlah waktu tidak mengizinkan bz,bz dengan kerja.. tapi ada yang saya dah melawat n komen apa yang patut... kalau ada kelepasan n masa terluang saya akan berjalan lagi melawat kawan-kawan semua...
           Terima kasih pada yang datang ke ruangan saya yang tidak seberapa ini,dan komen2 yang tidak akan saya lupakan... saya mengharapkan lebih ramai lagi yang datang dan memberi komen2 yang membina untuk semua pembaca Blog FARAH NORDIN... kalau ada pendapat dan teguran jangan malu-malu dan segan untuk meluahkan... 

Monday, October 4, 2010

fuTsaL oWh fuTsaL


Ju n faRaH....
My teAm fuTsaL .....
TeAm sePaDu......
teAm sePaDu Vs TeAm CameRoN HiGhlaNd.......

beRseDia.... aKu nAk teNdaNg boLa ni...