Nak join klik sini

Thursday, October 28, 2010

Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri

 Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
 bersama
 isterinya berjalan hendak ke kenduri kahwin dihujung kampung.....

 Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah
 mereka
 menunggu hujan berhenti.. Apabila hujan reda, ketika itu jam
 menunjukkan
 pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar
 suara
 tangisan kanak-kanak.

 Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa
 pakaian
 menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok
 Dahaman,
 dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan
 begitu?
 
 Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa
 kerana
 didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan
 telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat
 panjang
 begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga
 apa
 sebab mereka menangis di tepi jalan.

 Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh
 disebabkan
 oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

 Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada
 pokok
 besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak
 jin
 atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

 Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
 memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri
 tentang
 perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman
 menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat
 mencari
 ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia
 dengan
 pandangan mata kasar.

 Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di
 kening.
 Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan
 terhadap
 benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti
 kerana
 dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai
 tulang
 ayam bersilang di rambutnya.

 Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan
 segera
 kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

 Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan
 isterinya
 pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya
 mencari
 syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan
 jantan di
 tempat org lelaki.

 Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu
 banyak
 syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

 Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai
 dgn
 memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org
 yg
 memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg
 meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan
 mangkuk...Ada
 juga
 yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala
 dan
 riba manusia.

 Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak
 tergamak
 untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan
 Tok
 Dahaman pada hari itu.

 Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa
 mengelak
 daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk
 mengalahkan
 manusia di rumah kenduri.

 Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan
 tersebut.

 Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman
 pun
 bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan
 tersebut
 bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
 bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

 Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun
 berlari
 pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,
 keadaan
 lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina
 yang
 sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian
 perempuan
 keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak
 mereka.
 
 Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu
 bapa
 mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai
 makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil
 sambil
 bergayut di jendela rumah

 Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di
 bilik
 pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok
 Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut
 yang
 kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt
 menggerunkan.

 Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman
 bercakap
 dengan cermin tempat bersolek.

 Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang
 ramai
 tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang
 mahu
 percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh
 menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

 Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
 BISMILLAH.....

 Wallahualam MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU
 MULAKAN
 DENGAN UCAPAN BISMILLAH...( "dengan nama Allah di permulaan dan di akhirnya" )

 semoga hari ini lebih baik dari semalam..


p/s: jagan lupa baca Doa sebelum makan....


11 comments:

  1. mamaG pernah gak baca artikel nih.. mmg menakutkan jugak la bila kita fikir balik.. no wonderlah, dlm islam, tiap apa yg kita mulai mesti la dgn bissmillah..

    ReplyDelete
  2. @Mama Glam 4 Lil One betul tu mamaG,, ini peringatan untuk diri sendiri juga... supaya tidak terleka..

    ReplyDelete
  3. @nizam omar wallahuallam... sebab itu lah kita kena pastikan setiap bekas makanan ditutup agar trhindar dari kekotoran yang kita tidak nampak..... kebersihan juga harus d jaga demi kebaikan kesihatan diri

    ReplyDelete
  4. nak buat sesuatu mulakan dengan bismillah

    ReplyDelete
  5. @Masrom yup Bro betol tu...Bismillah memadai kalau kita terlupa membaca Doa makan...

    ReplyDelete
  6. singgah menyinggah kat blog awak..tinggalkan jejak ni..khas untuk awak..

    Nuffnang: Statistik Kunjungan Blog

    ReplyDelete
  7. @nizam omar
    Ya allah nizam, rasa nak muntah la pulak bila nizam tanya mcm tuh..

    ReplyDelete
  8. mamaG tag awak nih.. jom tgk link nih..

    http://mama-glam.blogspot.com/2010/11/1st-ga-dari-nusha.html

    ReplyDelete