Bentuknya yang mungil dan fungsinya yang kecil membuat sebahagian orang lupa untuk merawatnya. Padahal, kuku yang cantik akan menambah keindahan jari jemari anda. Namun, kebanyakan orang hanya memberi tumpuan kepada pakaian dan dandanan saja, tetapi untuk bahagian tubuh lain diabaikan dengan alasan tidak penting. Ini termasuklah jari jemari.
Pada dasarnya kecantikan kuku bukan menjadi keutamaan di dalam penampilan seseorang, namun tidak ada salahnya jika anda memberi sedikit tumpuan terhadap keindahan kuku kaki dan tangan.
Rawatan kuku kaki dan tangan tidak hanya tertumpu di spa atau salun semata-mata. Sebaliknya, anda boleh melakukannya sendiri di rumah jika tahu cara dan kena dengan peralatannya.Ikuti cara penjagaan bagi mendapatkan kuku yang cantik dan bersih :
Menjaga kekuatan dan kelembapan kuku
• Kuku setiap orang mungkin berbeza-beza. Ada yang memiliki kuku yang kuat tetapi ada pula kuku yang rapuh dan mudah patah. Kuku akan semakin rapuh apabila sering terkena sabun, atau sering terdedah kepada penyaman udara. Bagi mengatasi masalah ini, sapukan pelembap pada kuku supaya lebih kuat dan tidak mudah rosak.

Membersihkan kuku
• Bagi membersihkan kuku, rendam kuku dalam air suam yang dicampur dengan perahan air limau nipis. Rendam tangan atau kaki selama kurang lebih 15 minit. Air suam akan membuat kulit di sekitar kuku menjadi lembut dan mudah untuk dibersihkan, khususnya pada sekitar kuku yang sering dimasuki kotoran.

Potong kuku
• Jangan biarkan kuku dalam ukuran yang terlalu panjang. Kuku yang terlalu panjang nampak tidak rapi selain memudahkan kotoran dan kuman penyakit masuk ke dalam tubuh terutama ketika makan. Begitu pun, pastikan anda tidak memotong kuku terlalu pendek kerana ia boleh menyebabkan luka.
• Pilih gunting kuku yang tajam dan jangan tarik kuku jika belum terpotong sempurna. Ia boleh melukakan jari serta memudahkan kuman masuk ke dalamnya. Biarkan gunting kuku yang menyelesaikan tugasnya sampai kuku benar-benar terpotong.

Jangan menggosok dengan benda keras dengan kuku
• Menggosok benda keras menggunakan kuku atau membuka benda-benda keras bukan sahaja boleh merosakkan kuku, sebaliknya boleh menyebabkan luka pada sekitar kuku. Sebaiknya gunakan kaedah yang sesuai. Bagi anda yang sering bermain dengan air sabun terutama ketika mencuci pinggan mangkuk, pastikan anda memakai sarung tangan ketika melakukan kegiatan ini. Selain itu, hentikan kebiasaan menggigit kuku. Kebiasaan mengorek kuku dengan kuku lain atau menggigit kuku merupakan tabiat yang boleh merosakkan penampilan kuku.

Tip kuku cantik
Tip ini bukan sahaja membantu anda menjaga kebersihan, sebaliknya turut mencantikkan kuku anda.
• Cuci bersih tangan dengan menggunakan sabun cuci tangan. Pastikan setiap bahagian kuku terkena sabun, untuk menghilangkan debu dan kuman yang melekat. Kemudian bilas hingga bersih.
• Gunting dan bentuk kuku sesuai keinginan anda. Sebelum mula membentuk kuku, kikir terlebih dahulu dengan alat pengikir kuku, mulai dari bahagian hujung luar kuku ibu jari sampai jari kelingking. Kikir hujung kuku ke arah bawah, agar permukaan kuku menjadi halus.
• Setelah permukaan jari jemari halus, mulailah untuk membentuk kuku dengan menggunakan satu set peralatan gunting kuku.
• Agar kuku terlihat natural dan bersinar, gunakanlah nail buffer untuk menghaluskan dan mengkilapkan permukaan kuku anda. Keadaan kuku yang bersinar dan berkilau mampu bertahan selama satu minggu bahkan lebih dari itu.
• Gunakan krim tangan untuk menjaga kelembapan dan kelembutan tangan.
• Bagi anda yang ‘gemar’ menggigit kuku sendiri, hentikan segera tabiat ini kerana, selain kuman mudah masuk ke dalam tubuh, kebiasaan menggigit kuku juga akan merosakkan penampilan kuku anda.

Sesuaikan bentuk kuku
Terdapat beberapa bentuk kuku yang boleh anda diaplikasikan pada jari jemari mengikut kesesuaian bentuk jari seseorang.
Kuku berbentuk Oval
Kuku dengan bentuk oval sangat sesuai bagi mereka yang memiliki jari tangan yang kecil atau ramping. Bentuk kuku oval mewakili kesan feminin dan elegan.

Kuku berbentuk persegi/kotak
Bentuk kuku persegi sesuai untuk ukuran jari tangan yang sedikit berisi atau lebar. Bentuk kuku seperti ini, semakin mempertegaskan bentuk kuku sehingga bentuk ini seolah-olah merangkumi setiap sudut jemari anda. Bentuk ini memberikan kesan glamour tapi tetap terkesan anggun.

Kuku kombinasi
Kuku kombinasi adalah paduan antara kuku berbentuk oval dan bersegi. Bentuk seperti ini merupakan gabungan yang manis, baik untuk bentuk jari yang kecil ataupun bentuk jari lebar. Biasanya bentuk kuku kombinasi ini sesuai untuk aktiviti seharian mahupun ketika bersantai.

Potong kuku hari jumaat ye..dapat pahala sunat..hehehe..tanpa kuku..kita xleh nak ambik syiling kat atas meja..hehehe
ReplyDeleteyup...sebaiknya hari jumaat...
ReplyDeleteberguna juga ye kuku...
sedap kalau garu gatal..hahaha
wahh,,, panjang lebar,, pasni leh buka pusat manicure.
ReplyDeletekuku...nun de masalah ngan kuku bila time nk menggoreng....nak lumur kunyit kat ayam/ikan...nti abes kuning kuku nun...kalo kat umah sendiri leh la gedik pakai sarung tgn tp kt umah mentua x leh la gedik mcm tu mentua kata pe lak nti T_T
ReplyDelete