Raya hampir berlalu pergi..... aku merasa puas sekali dengan Raya 2010 tahun ini. alangkah seronoknya dapat bersama-sama dengan famili anak2 dan suami, kakak2 dan kakak2 ipar ku yang tak jemu melayani kerenah anak2 dan suami masing2... hee seronok terkata rasanya... ber dam dam dum di malam Raya..melihat telatah dan gelagat anak2 buah meriahkan lagi suasana hari Raya dengan bermain mercun... "Ha! jangan sampai ada yang tercedera sudah..." puas menasihat tapi bila dah ramai begini lah al-kisahnya... Mokcik,Pokcik dah tak terkata apa akhirnya bersama 'join the club'... hahahaha...nak tumpah kemana lagi kuah kalau tak ke nasi...
Pagi raya pertama...Adeih!! jam dah pukul berapa nih... bangun2!! mandi dan siap kan anak2 dulu barulah aku pulak yang bersiap agak lama sikit duk mengadap cermin hee biasalah wanita kan...aduh Ayu lah pulak..."semua dah siap jangan keman-mana tunggu ayah balik dari Masjid..".nak bersalaman meminta maaf... alahai! teringat masa kecik2 dulu, beratur menuggu giliran nak salam cium tangan Emak n Ayah... tapi sekarang kenalah cium tangan suami dahulu...anak-anak dah berautr nih nak salam siap mamy beri duit raya lagi... bukan apa kasi semangat sikit nak berhari raya ... lepas ni nak masuk duit ke bank mesti kena topup lagi kena bahagi lah pulak sama rata... begitulah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya tidak berbelah bahagi...
Sembahyang Raya dah...(suami lah..hehe) cium tangan dah, mintak maaf dah, bagi duit raya ke anak2 dah... jom kerumah Uwan pulak perut pon dah lapo nih.. dah terbau nasi minyak sampai ke rumah ku... 'Assalammualaikum...... masuk2!!!' masukkan diri sendri..... indahnya di pagi Raya berwarna-warni pelbagai warna ada... lupa nak cerita warna pakaian Raya famili aku tahun ni 'purple kaler' bling! bling! pon ada... apa yang penting sekarang ni... isi perut dulu lah baru boleh nak cerita pasal 'Raya lagi'... semua memenuhi ruang dapur 'nak makan, nak makan,...' kecik besar tua muda berupa gaya apa2 pun aku n suami nak makan dulu... Bismillah...
selesai makan semua duduk bersandar kekenyangan... masa nih lah pelbagai cahaya memancar-mancar disekeliling aku ni... aku pon apa kurangnya... snap jugak lah berkeping-keping nak masuk FB lah ni.. hehe faham2 jelah.....
Menjadi tradisi kita d ipagi Raya bermaaf-maafan...menghulur tangan... menyambut duit raya.. anak-anak lah yang paling gembira sekali.... salam aje dapat duit... 'cepattt!! beratur siapa nak duit raya ni!!' semua bergegas 'line up' yang paling seronok emak2 lah anak2 kaut untung banyak dapt duit raya ...tapi bagi aku ini semua rezeki untuk mereka dan ini lah masanya untuk bersedekah dan berzakat... Bukan sahaja yang muda yang tua pon bersalam-salaman, bermaaf-maafan.... mujurlah Emak masih ada.. sempat lagi aku kucup tangannya,meminta ampun maaf... begitu juga dengan adik beradik ku...dapat berkumpul lagi di pagi yang mulia ini.....
Disinilah destinasi pertama kami sekeluarga pada pagi Raya... menziarahi pusara Ayahanda tercinta dan sedekahkan Al-fatiahah serta tahlil untuk Arwah yang telah kembali ke Rahmatullah pada 8hb Mei 2005....... Al- Fatihah....
0 comments:
Post a Comment